Mukaddimah
MYK ENGINEERING & CONSTRUCTION (JM 0359386-X) telah ditubuhkan pada 17hb Jun 2002. ia adalah syarikat perkongsian dan bertaraf bumiputera 100%. Aktiviti perniagaan kami ialah kontraktor kerja awam, pembinaan bangunan, Lanskap, membersih bangunan / kawasan, mengecat, penyelenggaraan & penggantian tangki air, peralatan keselamatan jalanraya, papantanda jalan, serta road markings,
Syarikat ini telah berdaftar dengan PKK ( Kelas F ) , CIDB ( Gred G1 ) dan Kementerian Kewangan ( Taraf Bumiputera ) bagi membolehkannya melaksanakan kerja-kerja pembinaan bangunan dan kejuruteraan awam serta terlibat dalam kerja pembekalan. Dengan penumpuan sepenuhnya kepada kerja-kerja pembinaan dan pembekalan, syarikat percaya dan yakin akan dapat melaksanakan projek-projek yang diberikan dengan sempurna dan jayanya.
MYK ENGINEERING & CONSTRUCTION mempunyai iltizam dan wawasan yang jitu untuk mengembangkan lagi perniagaan ketahap yang membanggakan daripada peluang dan kepercayaan yang telah diberikan.
MYK ENGINEERING & CONSTRUCTION telah beroperasi di kawasan Johor Bahru iaitu beralamat di 58A, Jalan Layang 16, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor. No Tel / Fax : 07-2412 196. Kami akan sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kepuasan para pelanggan.